Pantai Pohon Batu
Kesising sejenis hidupan laut yang habitatnya di kawasan pasir pantai. Rupanya seakan-akan ketam tetapi saiznya agak lebih kecil daripada ketam biasa atau sebesar tapak tangan manusia. Ia tinggal di dalam lubang sebagai tempat persembunyiannya daripada musuh. Kesising biasanya dijadikan umpan untuk menangkap ikan oleh para pemancing. Ada juga yang mengatakan kesising boleh dijadikan sebagai ubat penyakit asma. Caranya dengan menjemur dan menyalai kesising tersebut dan terus dimakan begitu sahaja. Kesising juga boleh dibuat sate ataupun digoreng. Rasanya seakan-akan udang yang digoreng dan ianya sangat rangup. Kulitnya juga boleh dimakan begitu sahaja kecuali jari-jarinya. Cubalah...
No comments:
Post a Comment