Saturday 2 July 2011

Senja

Pantai Pohon Batu

Siapa sangka walaupun dunia menghadapi pelbagai masalah seperti kesan rumah hijau, suhu iklim tidak menentu, pencemaran sana sini, tetapi terdampar di satu sudut di Pulau Labuan, pantai yang menghias panca indera, aroma bayu yang menyegarkan minda, desiran ombak menggendang telinga...itulah Pantai Kampung Pohon Batu...marilah berkunjung beramai-ramai, menghayati ciptaan Sang Pencipta...

Mutiara Malam

Gerai Tg. Aru Labuan

Mutiara Malam
Seindah hati seorang wanita
Perlu diselami jiwanya
Kembang mutiara
Geloralah jiwanya
Hilang cahaya
Tercari-cari pula di mana sinarnya
Hukum alam penentu perkaitan
Sebagai ilham makhluk Tuhan...


Mata Hiang

Pantai Pohon Batu

Mata Hiang ialah sejenis tumbuhan yang kini sudah jarang dijumpai di kawasan pesisir pantai. Biasanya buah ini dijadikan sebagai batu permainan dalam permainan congkak. Sebarang info yang berkaitan boleh la beri komen di bawah...

Sambah-sambah

Pantai Pohon Batu

Ini ialah kulit seekor sambah-sambah yang sudah lama ditinggalkan. Biasanya sambah-sambah akan menukar kulitnya di kawasan pokok aru yang kering. Serangga ini merupakan serangga yang jarang dijumpai pada masa kini.

Kesising

Pantai Pohon Batu

Kesising sejenis hidupan laut yang habitatnya di kawasan pasir pantai. Rupanya seakan-akan ketam tetapi saiznya agak lebih kecil daripada ketam biasa atau sebesar tapak tangan manusia. Ia tinggal di dalam lubang sebagai tempat persembunyiannya daripada musuh. Kesising biasanya dijadikan umpan untuk menangkap ikan oleh para pemancing. Ada juga yang mengatakan kesising boleh dijadikan sebagai ubat penyakit asma. Caranya dengan menjemur dan menyalai kesising tersebut dan terus dimakan begitu sahaja. Kesising juga boleh dibuat sate ataupun digoreng. Rasanya seakan-akan udang yang digoreng dan ianya sangat rangup. Kulitnya juga boleh dimakan begitu sahaja kecuali jari-jarinya. Cubalah...